Followers

Thursday, October 22, 2009

Majlis Hari Raya

Pada hari Khamis yang lepas , jemaah diraikan dengan Majlis Hari Raya. Berbagai juadah disediakan dan paling istimewa ialah kami dapat berkumpul berhari raya bersama-sama setelah sekian lama tidak berjumpa kerana cuti Hari Raya.

Kami membaca selawat beramai-ramai disamping menyanyi lagu-lagu raya bersama-sama. Sungguh meriah suasana dapat berkumpul dengan rakan-rakan masjid yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza sebagai sahabat.