Kelas Hari Jumaat dibuat bergilir-gilir dimana minggu pertama kami membaca Asma Husa, minggu kedua Yassin Hajat, minggu ketiga Fardhu Ain dan minggu keempat Solat Tasbih dan Solat Taubat.
Ini bermakna setiap bulan , kalau kita mengikuti kelas pengajian ini kita dapat lakukan kesemua aktiviti ini. Yang lebih menarik ialah Solat Tasbih berjemaah dimana Ustazah akan memakai mikrofon dikepalanya dan beliau akan menyebut setiap bacaan dengan jelas , jadi dapatlah kita mengikutinya dengan mudah tanpa risau bilangan bacaan kita cukup atau tidak. Kalau kita hendak lakukan Solat Tasbih pasti tertunda-tunda malah mungkin sudah bertahun kita tidak lakukan. Tetapi dengan mengikuti kelas ini , setidak-tidaknya setiap bulan kita buat 1 kali Solat Tasbih. Itu yang menarik hati saya.
Kalau anda pernah mengikuti kelas hari Jumaat ini, pasti anda tidak hairan melihat begitu ramai yang hadir dari segenap pelusuk Johor Bahru. Saya masih ingat sewaktu saya pertama kali menghadiri kelas Jumaat ini, kata seorang jemaah , " Ustazah Syarifah kalau buat kat Masjid mana pun mesti ramai yang datang". Melihat bilangan yang begitu ramai datang, saya tidak dapat menafikan "Ustazah ini memang istimewa".

