Followers

Saturday, February 4, 2012

Maulud Diba' 2012




Maulud Diba antara acara yang turut ada .

Solat Tasbih



Solat Subat Tasbih , Dhuha dan Hajat sering dilakukan bersama-sama sebulan sekali .

Sambutan Hari Ibu dan Yassin Hajat (13 Mei 2011)


Ibu-ibu diraikan dalam Majlis Yassin Hajat . Ianya tetap meriah seperti selalu.



Tadarus Al Quran 2011 (Majlis Khatam Al Quran)


Kemuncak kegembiraan jemaah apabila Khatam Al Quran di setiap pertengahan Bulan Ramadhan. Putih sebersih salji , manisnya mereka berpakaian putih di Majlis Khatam Tadarus Al Quran 2011.










Rombongan Jemaah Masjid Kobena ke Melaka - 30.1.2012

Ustazah makan cendol , macam sedap aje !

Pada 30.1.2012 baru-baru ini , Ustazah berjalan-jalan bersama jemaah Kobena di Bandaraya Melaka. Seronok tengok gelagat jemaah ! Keseronokan jelas terlihat seperti rombongan sekolah ! Memang benar jemaah di Kobena memang rajin belajar mengalahkan budak budak sekolah ! Kerajinan dan tekad mereka luarbiasa bila beribadat. Itulah yang seronoknya , waktu menghambakan diri pada Illahi, mereka beribadat bersungguh-sungguh , sesekali ceriakan hati dengan berjalan-jalan bersama-sama...




Posing beramai-ramai di kincir air . Yang mana satu pilihan hati ! cer cer pilih....



Bergambar selepas solat ! Muslimah sejati...




Shopping memanglah mesti sebagai ole-ole untuk dibawa pulang...

Kak Ramlah senyum riang. Mesti dah dapat beli hajat dihati.....



Didalam bas utnuk sampai ke destinasi....




Puan Azimah sebagai Pemandu Pelancung.


Ustazah menanti giliran untuk karoake !


Datin yang sentiasa jelita dengan Lagu Rindu Bayangan...



Singgah di RNR



Makan Tengahari di Umbai .



River Cruise Melaka .



Dah mula dah , Ustazah and the geng beronggeng !


Bilangan jemaah yang ramai menunjukkan akan ramailah rombongan yang akan ikut
serta dalam trip yang akan datang !


Ustazah ni sebenarnya sangat happening, tengoklah ! Sebab itu belajar mengaji dan mengikuti kelas di Masjid , memang menyeronokkan ! Kalau tak seronok mestilah tak seramai ini rombongan yang ikut serta. Ini percubaan pertama Ustazah membawa rombongan untuk makan angin. Respon yang sangat bagus. Apatah lagi murid murid Ustazah mempunyai disiplin yang sangat tinggi jadi tidak sukar untuk mengendalikan aktiviti begini. Hapsah pun ceria ! Suka saya tengok awak !




Update

Berbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan dek kerana urusan berpindah dari JB ke KL yang tertunda-tunda untuk beberapa bulan menyebabkan hidup saya agak celaru untuk menguruskan berbagai perkara.

Alhamdulillah , kini semuanya pulih dan mula lega seperti biasa kembali. Agak banyak juga aktiviti Ustazah di Masjid Kobena tergendala untuk saya tulis di blog. Yang jelas berbagai perkara berlaku di Masjid Kobena, bilangan jemaah semakin ramai malah rakan facebook Ustazah pun semakin bertambah dari hari ke sehari.

Ustazah pun sudah semakin celik IT dan sudah boleh menulis di wall facebook . Jadi berbagai kata-kata hikmah selain video yang Ustazah kongsi bersama di facebook. Seronok melihat kemudahan dunia IT telah membolehkan semua jemaah berinteraksi dari berbagai pelusuk daerah. Walaupun saya kini sudah berada di KL tetapi secara tidak langsung masih dapat berinteraksi dengan aktiviti Ustazah .

Insya Allah, saya akan cuba untuk terus menulis blog ini untuk "update" aktiviti Ustazah dari masa ke semasa.