Followers

Saturday, February 4, 2012

Update

Berbagai perkara yang berlaku dalam kehidupan dek kerana urusan berpindah dari JB ke KL yang tertunda-tunda untuk beberapa bulan menyebabkan hidup saya agak celaru untuk menguruskan berbagai perkara.

Alhamdulillah , kini semuanya pulih dan mula lega seperti biasa kembali. Agak banyak juga aktiviti Ustazah di Masjid Kobena tergendala untuk saya tulis di blog. Yang jelas berbagai perkara berlaku di Masjid Kobena, bilangan jemaah semakin ramai malah rakan facebook Ustazah pun semakin bertambah dari hari ke sehari.

Ustazah pun sudah semakin celik IT dan sudah boleh menulis di wall facebook . Jadi berbagai kata-kata hikmah selain video yang Ustazah kongsi bersama di facebook. Seronok melihat kemudahan dunia IT telah membolehkan semua jemaah berinteraksi dari berbagai pelusuk daerah. Walaupun saya kini sudah berada di KL tetapi secara tidak langsung masih dapat berinteraksi dengan aktiviti Ustazah .

Insya Allah, saya akan cuba untuk terus menulis blog ini untuk "update" aktiviti Ustazah dari masa ke semasa.