
Hari ini Ustazah meminta supaya lebih banyak gambar diambil bersama kesemua jemaah yang mengikuti aktiviti bersama Ustazah Syarifah sekian lama. Sebagai kenangan , kerana kita selalu berjumpa tetapi tiada gambar yang merakamkan kenangan manis kita bersama setiap kali mengikuti berbagai aktiviti keagamaan bersama-sama. Ada kalanya ingat rupa tetapi tidak ingat nama. Semuga bila gambar gambar sudah selalu kita lihat mungkin secara tidak langsung mengeratkan lagi persaudaraan yang sekian lama terjalin. Ustazah Syarifah bersama Datin Safiah dan Tunku Fatimah , orang kuat kami.

Berbagai penerangan diberi oleh Ustazah sebelum memulakan pembacaan kami. Botol-botol air diletakkan dihadapan kami semuga air yang diminum setelah mengaji sebanyak 30 juz akan memberi keberkatan kepada semua jemaah.

Tempat biasa saya dibahagian belakang bersama-sama Mak Padzilah, Mak Hanisah dan Tunku Tekwa.

Telah 6 hari kami menghadiri Tadarus Al Quran. Semuanya bersemangat setiap kali hadir.

Mereka ini berada dibarisan hadapan. Datang awal setiap hari .

Ruang masjid dipenuhi oleh jemaah.

Kelihatan Datin Misbah dan Hajjah Walimah turut ada dibarisan hadapan.

Ustazah dengan senyuman yang mengancam. Keceriaan nya memikat hati anak-anak murid. Kelas mengaji menjadi seronok dengan keletah Ustazah yang selalu mencuit hati.

Hajjah Dahlia Atan antara jemaah yang turut mengikuti Tadarus kami sejak sekian lama.


Anak-anak murid Ustszah datang dari setiap pelusuk kawasan persekitaran Johor Bahru, malah ada yang dari Pasir Gudang dan Kulai !

Ila dan ibu mertuanya turut serta seperti tahun lepas. Datin Pudjiati pula menghadiri Tadarus bersama Ustazah untuk kali pertama. Seronok melihat ramai jemaah yang baru turut serta , satu peningkatan yang amat menggalakkan. Harapan Ustazah ianya akan semakin ramai untuk tahun tahun hadapan.

Kak Ruby dan Kak Asmah turut sama. Mereka ini selalu bersama saya mengikuti Kelas Tazkirah oleh Dato Dr Fatma el Zehra di Masjid Wadi Hassan.



Tidak kira usia , kami sama-sama berada di Masjid Kobena, Kalau yang tak larat , kena cari tempat di dinding untuk bersandar kerana kami akan mengaji lebih kurang 2 jam , tentulah bukan mudah bagi yang berusia untuk duduk lama.

Wajah gembira !

Sehingga ke luar Masjid , masih ada jemaah !


Mak Hanisah dan Tunku Tekwa turut serta untuk pertama kalinya pada tahun ini. Walaupun duduk dikerusi , tidak jadi halangan . Malah ada yang membawa bantal untuk mengalas duduk kerana bila duduk lama-lama , kaki terasa sakit.

Yang duduk diluar ruang masjid juga ada.

Adakalanya terpaksa bawa anak atau cucu , supaya tidak ketinggalan dengan Tadarus kami.

Radio mikrofon ini banyak membantu kami.

Ustazah sedang bergaya bersama jemaah.


Bergambar di bilik stor , tempat kami menyimpan botol botol air, rehal , kerusi dan sebagainya. Ini memudahkan jemaah supaya tidak perlu mengusungnya setiap kali datang ke Masjid.

Botol botol air yang disimpan di bilik stor .




