Followers

Sunday, August 22, 2010

Kisah Tudung !

Pagi ini Ustazah membahagikan tudung-tudung yang disedekahkan oleh seorang insan yang berhati mulia yang tidak mahu "disclose" siapa dirinya. Bukan setakat tudung malah baju-baju kami juga beliau yang sponsor. Bukan jumlah yang sedikit kerana jemaah seramai 180 orang pastinya jumlah wang yang dikeluarkan bukan calang-calang. Malah insan ini jugalah yang "mencukupkan" jumlah kutipan aircon untuk Masjid ini tempohari.

Semuga Allah memberikan keberkatan rezeki kepada insan yang berhati mulia ini. Sumbangan beliau benar benar membuat Majlis Tadarus kami tahun ini sangat istimewa.




Lihatlah , wajah riang jemaah mendapat tudung. Kami memahami warna tidak dapat serupa kerana terlalu ramai menjadikan ianya sukar. Walau bagaimanapun ianya telah cukup menceriakan suasana . Kelihatan tudung-tudung dibahagi-bahagikan antara jemaah. Tidak sempat menunggu kelas habis , jemaah mahu ianya diedarkan sebelum kelas Tadarus bermula.




Sambil sebahagian jemaah sibuk mengedar tudung, ada yang sempat berposing. Apakan tidak hari hari untuk meriah begini semakin hari semakin akan berakhir. Dalam seronok rasa sedih sudah menyelinap disanubari.



Kakak bertudung ungu meminta saya mengambil gambar lagi kerana gambar yang diambil tempohari tidak berapa jelas ! Semuga kali ini Kakak ini berpuas hati kerana saya sememangnya beri peluang kepada semua jemaah.




Senyum lebar !


Ini lagi ceria !


Datin Pudji bersama Ila tetapi gambar sedikit blur !




Semua pun riang ! Bak kata Ustazah "Mesra Alam !"




Sibuk mengedarkan tudung-tudung selain memilih warna !


Yang ini pula sudah uzur syarie , terpaksalah duduk diluar Masjid. Saat inilah paling sedih bagi jemaah tapi nak buat macam mana. Saya pun berdoa semuga sempat sehingga khatam nanti, Insya Allah !



Gee mengedarkan tudung di bilik stor yang diambil oleh wakil wakil jemaah !



Mengambil tudung tudung keluar dari bilik stor !





Ustazah memberi penerangan tentang tudung yang baru diterima !



Ini waktu pagi sebelum Tadarus bermula, semuanya bersalaman anatara satu sama lain , sudah menjadi rutin kebiasaan antara jemaah !



Memang meriah !



Bersama Mak Padzillah, Mak Hanizah , Tunku Tekwa dan Tunku Fatimah. Kelihatan Tunku Fatimah terpaksa join group dibelakang kerana sakit kaki. Manakan tidak setiap hari duduk 2 jam mengaji !