Selamat Berpuasa untuk semua murid-murid Ustazah Syarifah Radziah. Pada Hari Khamis dan Jumaat lepas kami sudah mula meminta maaf diantara satu sama lain sempena menyambut kehadiran Bulan Ramadhan. Semuga ibadat puasa kita akan lebih mudah apabila dimulakan dengan memohon kemaafan diantara satu sama lain. Satu budaya yang ingin diterapkam sebagaimana yang dianjurkan oleh Dato' Dr Fatma El Zahra dalam kelas kelas kami bersamanya beberapa minggu yang lepas.
Sebagai menyahut "apa yang baik" , Ustazah juga mengaplikasikan juga budaya meminta maaf sempena kedatangan Bulan Ramadhan kepada semua anak-anak muridnya. Semuga ianya juga dilakukan kepada keluarga kita , sanak saudara dan sahabat handai .
Kelas Tadarus akan bermula esok pagi , 1 Ramadhan. Jemaah yang akan turut serta untuk kali ini melebihi 160 orang dan pastinya ianya makin meriah. Semuga ianya diberkati, Insya Allah.
Kelas Tadarus akan bermula esok pagi , 1 Ramadhan. Jemaah yang akan turut serta untuk kali ini melebihi 160 orang dan pastinya ianya makin meriah. Semuga ianya diberkati, Insya Allah.

