Followers

Wednesday, June 23, 2010

Kelas Fardhu Ain - Ustaz Naza



Ustaz Naza menggantikan Kelas Fardhu Ain kami kerana Ustaz Habib Zain masih lagi sakit dan tidak dapat memberi kelas pengajian kepada kami. Oleh itu sementara menunggu Ustaz Habib Zain sembuh , Ustazah Syarifah telah meminta Ustaz Naza mengambil alih kelas kami.





Seperti biasa jemaah datang ramai sekali di pagi Jumaat sehingga hari itu saya terpaksa diluar bersama-sama jemaah yang lain. Kelihatan anak kecilpun turut dibawa bersama.




Ustazah Syarifah bertudung hijau duduk dibelakang juga sambil menjaga pembesar suara. Ustaz kena duduk dikerusi supaya semua boleh melihat beliau.