Followers

Friday, July 30, 2010

Tadarus Al Quran

Walaupun Kelas Tadarus Al Quran akan bermula sekitar 2 minggu lagi, tapi bahang "seronoknya" untuk menghadiri Tadarus Al Quran sudah mula terasa. Malah saya diberitahu oleh Ustazah , jemaah yang akan ikut serta sudah melebihi target 150 orang.




Pagi tadi sms Ustazah, samada 2 orang lagi jemaah ingin ikut serta dan Alhamdullilah , Ustazah tidak berat hati untuk terus menerima tanpa menghadkan mereka yang ingin turut serta. Kelas Tadarus kami sebenarnya sudah tersebar disekitar Johor Bahru kerana ianya bukan sahaja untuk jemaah yang mahir , malah pelajar yang tidak mahir seperti saya pun dapat turut serta kerana kami membaca beramai-ramai . Kalau baca seorang seorang , rasanya saya pun takut untuk turut serta kerana tidak yakin kebolehan membaca apatah lagi bila bab Tajwid.

Jadi tidak hairanlah, bila makin ramai yang ingin ikut serta dalam Kelas Tadarus Al Quran yang di anjurkan oleh Ustazah Syarifah kerana "cara" begini jarang sekali dilakukan di masjid-masjid.

Kepada sesiapa yang berminat , pendaftaran masih belum di tutup. Ustazah cuma perlukan proses pendaftaran untuk urusan rekod semata, supaya beliau akan tahu siapa yang turut serta dan secara tidak langsung mempunyai rekod mereka yang mengikuti Kelas Tadarus beliau dari tahun ke tahun.

Yang menariknya , Tahun ini , kami mendapat "sponsorship" untuk pakaian berkhatam , dimana kami akan memakai baju yang sama di hari kami khatam nanti. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik insan yang memberi sedekah tersebut. Semuga kemurahan rezeki diberi melimpah ruah atas usaha dan niat yang murni ini. Kami kini sudah mempunyai pakaian rasmi!