Followers

Tuesday, August 24, 2010

Berbagai Kisah !


Ustazah yang ceria setiap kali memulakan kelas. Kalau tak ceria mahu rasanya semuapun tertidur ! Sesekali sewaktu membaca , Ustazah berkata "jangan tidur", barulah kuat balik suara jemaah.



Sebaik sahaja habis memimpin kami tadarus di Masjid Kobena yang berakhir sekitar jam 10 .30 pagi, Ustazah akan ke Masjid Kg Melayu pula diantara pukul 11pagi ke 1 tgh untuk memimpin jemaah bertadarus disana pula. Mujurlah Ustazah ini "superwoman". Semuga Allah memberi kesihatan dan ketabahan buatnya dengan usaha murni ini, Insya Allah !




Senyuman mengancamnya !



Kak Bibah , saya suruh relax sekejap nak tangkap gambar. Kesian hendak menulis nama dan alamat untuk 180 orang yang masih belum habis sejak semalam. "Akak tidur pukul 12.30 malam tadi " ceritanya pada saya. Inilah semangat antara jemaah yang sangat istimewa, kami bekerjasama untuk memeriahkan dan menjadikan acara kami ini sangat bermakna !




Kak Bibah , sibuk menulis alamat jemaah ! Rupanya Kak bibah juga jual macam macam termasuklah kek dan sebagainya.



"Anak makcik kata tak ada pun gambar makcik !", membuat saya menyuruh makcik ini berposing sekali lagi. Seronok tengok makcik ini setelah gambarnya diambil.



3 ibu yang istimewa ini kali ini masih bertelekung kerana masih menunggu waktu Dhuha masuk. Penat bergambar selalu , Mak Ungku nak gambar bertelekung pula!