Gara-gara saya memasukkan maklumat dan kisah pengalaman saya tentang pengajian dengan Ustazah Syarifah Radziah, beliau menerima begitu banyak panggilan telefon untuk meminta beliau mengajar di rumah. Mungkin bagi yang bekerja , agak sukar untuk hadir ke kelas diwaktu pagi kerana bekerja.
Tetapi kalau anda surirumah tangga sepenuh masa atau mungkin telah bersara dan tertanya hendak mencari kelas mengaji dimana , cubalah luangkan masa untuk menghadiri kelas beliau. Mujur saya , bekerja sendiri, jadi dapatlah saya jadualkan hari belajar saya pada hari Khamis dan Jumaat. Kalau difikirkan soal kerja , sampai bilapun tidak ada sudahnya. Adalah lebih baik saya luangkan sedikit masa untuk menambahkan pengetahuan saya disamping dapat berkawan dengan jemaah yang mempunyai minat yang sama, mencari keredhaan Illahi.
Saya mengaji hampir setiap hari dirumah tetapi bila pergi belajar , baru saya tahu banyaknya saya silap. Tidaklah saya mahu terus berada didalam kesilapan selain mahu membaiki diri . Usia yang meningkat pasti kesedaran kita juga seiring dengan usia kita. Sampai bila kita bertangguh setidak-tidaknya usaha kita untuk belajar akan mendapat rahmat dari Illahi. Bila kita semakin betul membaca surah, bukankah secara tidak langsung solat kita akan menjadi lebih bagus dari hari-hari sebelumnya.
Cubalah usahakan dan luangkan masa untuk turut bersama-sama didalam pengajian kami. Seorang kawan saya yang tinggal di Pasir Gudang , bertolak dari rumahnya seawal 6 pagi , malah Mak Fadhilah bertolak sebelum pukul 7 pagi supaya tidak terperangkap didalam traffic jam. Mak Fadhilah berusia 60 an tetapi semangatnya untuk belajar membuat saya tidak mahu kalah untuk turut sama mencari kelas pengajian.
Majoriti pelajar di Masjid Al Makmur , Taman Kobena adalah dari luar dan hanya sedikit bilangan dari penduduk setempat. Tetapi yang menariknya kami mesra antara satu sama lain , gara-gara Ustazah Syarifah Radziah !
Seronok melihat kerenahnya yang sering mencuit hati menyebabkan kelas kami tidak pernah lekang dari gelak dan tawa dalam proses membetulkan sebutan kami , tajwid dan pembacaan kami.