Followers

Thursday, October 22, 2009

Kelas Habib Zain

Hari Jumaat yang lepas ialah Kelas Fardhu Ain yang diberikan oleh Habib Zain. Inilah kali pertama saya dapat menghadiri kelas beliau semenjak saya mengikuti kelas mengaji disini. Umur Habib Zain disekitar 80 an tetapi masih jelas untuk menjawab persoalan agama.

Hari itu kami belajar tentang solat , antaranya Solat Hormat Waktu yang sangat penting untuk panduan saya yang akan menunaikan haji tidak lama lagi. Kami juga diajar tentang Solat Qada malah Solat yang dibenarkan untuk duduk .

Sebenarnya isu Solat adalah satu bab yang sangat luas untuk dipelajari. Saya berkesempatan membeli buku Bab Sholat Jilid II yang kebetulan dibawa bersama oleh Habib Zain. Buku ini tidak dijual di Malaysia malah agak sukar untuk mendapatkan naskah tersebut. Mujurlah saya dapat buku Jilid l and Jilid ll untuk dijadikan panduan dalam saat saya semakin dekat untuk pergi ke Mekah.