Isnin - Cuti
Selasa - Mengajar di rumah pelajar dari pagi hingga petang
Rabu - Mengajar di rumah pelajar dari pagi hingga petang
Terbuka untuk semua pelajar :
Khamis - Kelas Mengaji (8 pagi - 9.30 pagi)
Jumaat - Kelas (8 pagi - 9.30pagi)
* Minggu Pertama - Asma Husna
* Minggu Kedua - Yasin Hajat
* Minggu Ketiga - Fardhu Ain (Habib Zain)
*Minggu Keempat - Solat Tasbih & Solat Taubat
Memandangkan Ustazah tidak lagi mampu memberi kelas-kelas mengaji dirumah-rumah kerana masa dan jadual yang penuh dengan pelajar yang sedia ada, Ustazah berharap dapat memberi khidmat dan pengetahuannya untuk bilangan yang ramai dimana beliau amat menggalakkan pelajar-pelajar yang ingin belajar mengaji , datang ke Masjid di Taman Kobena . Betul juga kata ustazah , kalau pergi kerumah , beliau hanya dapat mengajar seorang dua pelajar. Tetapi kalau pelajar datang ke kelas beliau di Taman Kobena, beliau dapat mengajar untuk bilangan yang ramai. Suatu jihad yang sangat munasabah.
Pelajar-pelajar Ustazah bukanlah tinggal di kawasan berdekatan malah ada yang tinggal di Pasir Gudang dan beberapa lagi kawasan yang agak jauh dari masjid ini. Saya sendiri tinggal di Straits View juga agak jauh tetapi apa yang menarik dihati saya, saya tidak pernah menemui seorang Ustazah yang disayangi oleh semua anak-anak muridnya. Saya juga walaupun baru 2 bulan mengikuti kelas pengajian dengan beliau tetapi keakraban dengan Ustazah seperti saya telah mengenalinya bertahun lamanya. Itulah keistimewaan ustazah ini.
Tanyalah dengan mana-mana anak muridnya , pasti bila nama ustazah disebut , apa yang terbayang diminda, "dia ustazah yang menggembirakan". Bayangkan belajar Al Quran boleh jadi seronok. Saya yang banyak kesalahan tajwid dan sebutan yang tidak betul , rasa bertuah diperbetulkan . Tidak ada rasa dimalukan atau rendah diri. Kami datang sama-sama untuk memperbaiki pengajian kami.
Cubalah menghadiri kelas beliau . Mungkin ianya dapat mengubah persepsi anda tentang pengajian agama.