Alhamdullilah , kerana kita masih diberi umur untuk melalui kedatangan Tahun 2011. Bermakna usia kita juga semakin meningkat dan itu juga bererti satu demi satu akan pergi dari hidup kita. Bulan Disember adalah bulan yang agak sukar untuk menghadiri kelas kerana memenuhi tanggungjawab kepada anak-anak . Mereka juga mempunyai hak ke atas ibu bapa mereka untuk memberi masa terbaik sepanjang percutian mereka.
Dalam tidak pergi ke kelas sejak sekian lama, rindu tetap menjengah di ingatan. Mujur ada facebook ustazah jadi dapatlah menjenguk berita-berita terkini yang berlaku di Masjid. Agak menyentuh hati apabila di beritahu dan mendapat tahu pemergian Ustaz Habib Zain ke Rahmatullah. Tidak tahu mengapa hati tersentuh dan menangis. Walaupun tidak sampai setahun saya mengikuti kelasnya untuk beberapa kali sahaja tetapi apa yang di ajar tersemat di ingatan yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hayat saya.

Tuan Haji Syed Zain Bin Hussain Al -Habshi (Habib Zain)

Tuan Haji Syed Zain Bin Hussain Al -Habshi (Habib Zain)
Sewaktu Ustazah menjenguk saya di rumah bertanya kabar , "Habib Zain hendak ajar juga, dia rindu anak muridnya!", ujar Ustazah. Walaupun sakit yang baru kebah , beliau masih mahu sempurnakan tanggungjawabnya pada anak-anak muridnya. Dia yang nekad walaupun sebenarnya beliau akan pergi tidak lama kemudian. Hati mana yang tidak tersentuh mendengar kisah semangatnya ! Ustazah yang seperti anaknya sendiri , mengalah dan memberi ruang untuk beliau mengajar di Masjid dan 3 hari kemudian beliau pergi untuk selama-lamanya...
"Ya Allah , Ya Tuhanku ... ampunilah segala dosa-dosanya, terimalah segala amalnya dan letakkanlah dia di Syurga Firdausi Mu, AMIN".
sehingga saat ini hati menangis mengenang saat-saat saya menghadiri kelasnya....
sehingga saat ini hati menangis mengenang saat-saat saya menghadiri kelasnya....


















































