
Mujur ada Nad untuk ambil foto sewaktu Jamuan Hari Raya !

"Maaf Ustazah, saya bercuti di Sabah", kataku apabila diberitahu oleh Ustazah tentang tarikh untuk Jamuan Hari Raya untuk anak anak murid Ustazah. Walaubagaimanapun, ramai jurukamera , jadi dapatlah saya rakamkan suasana Jamuan Hari Raya tersebut. Seperti biasa memang ramai dan memang "happening"....Bukan anak-anak jemaah aje yang happening, emak-emak mereka pun happening dengan aktiviti di Masjid mereka.

Sedang menikmati juadah !

Makanan pun macam macam !

Soto ...kegemaran saya tu!

Tunku Tekwa dan Tunku Fatimah pun ada sama !

Semua sudah tersedia sementara jemaah berada didalam Masjid dengan aktiviti wirid dan sebagainya !

Namanya pun Jamuan Hari Raya, mestilah banyak kuih raya....

Ustazah memberi ucapan.

Kalau tak ada orang kuat di dapur , rasanya tiadalah Jamuan ! Mereka ini sangat penting untuk aktiviti kami ini...

Wajah ceria jemaah menanti sebelum acara dimulakan .



