Followers

Wednesday, October 27, 2010

Hari Khatam

Seawal 5 pagi , kabarnya mereka sudah memulakan tugas untuk memasak bubur lambuk ..tapi masih boleh "peace" lagi !



Bubur lambuk !



Akhirnya hari yang dinanti-nantikan tiba juga. Hari Khatam! Semuanya memakai pakaian baru yang sedondon. Memang seronok. Bertuah dan semuga diberkati dan dirahmati ..insan yang telah bermurah hati menaja pakaian Katam kami tahun ini. Kegembiraan jelas kelihatan diwajah para jemaah. Usaha 15 hari yang lalu kini membuahkan hasil kerana hari kemenangan telah tiba. Susah payah dan pengorbanan mengejar masa setiap awal pagi kini telah menjadikan hari ini adalah hari yang sangat menggembirakan hati setiap jemaah. Lihatlah gambar mereka. Pasti akan dapat cerita segala...




Sejak ada blog dan facebook, semakin seronok kami berposing. Inilah kenangan manis sepanjang kami dapat berkumpul bersama disebuah Masjid yang diberi nama Masjid Kobena dan di pimpin oleh Ustazah Syarifah Radziah.



Datin Safiah memberi kata kata ucapan di Majlis kami.
Tahun ini agak canggih kerana siap ada penaja Skrin ...terima kasih buat Puan Zawiah !





Bunga pahar pun ada , menyerikan lagi Majlis kami. Ustazah khusyuk mendengar ucapan .


dah namanya pun blog untuk Ustazah, mestilah gambar Ustazah yang banyak !



Datin Safian, Datin Misbah, Tunku Tekwa, Datin Pudji, Kak Hasnah Haron dan Puan Zawiah !




Tunku Fatimah tetap ceria walaupun tahun ini terpaksa berada di bahagian luar masjid !




Ini pula AJK yang sibuk pack kan barang barang untuk diedarkan kepada jemaah apabila selesai Majlis nanti. Nad pula juru foto kami. Sempat juga menyelit !





Macam nak menyambut menantu, semuapun bergotong royong !



Bubur lambuk Masjid Kobena memang sedap ! Inilah yang akan dibekalkan kepada jemaah untuk berbuka puasa nanti.



Kaum lelaki turut menyumbang tenaga, tanpa mereka siapalah yang nak masak bubur lambuk tu !


Sibuk dengan tugas sukarela masing-masing ! Sambil-sambil tu sempat berposing. Itulah istimewanya jemaah kami. Semuanya "kepala ok"...itulah uniknya jemaah kami.


Add Image

Mak Haji yang paling kiri adalah jemaah yang paling veteran. Walaupun sudah berusia melebihi 70 tahun tetapi masih gagah datang setiap hari untuk bertadarus . Datang pula naik bas...semangat inilah yang buat saya kagum dan mahu contohi !




Air didalam botol ini pun khatam bersama kami, 15 hari bersama-sama kami. Semuga apabila diminum akan memberi keberkatan dalam hidup kami....Insya Allah, Amin.

Kalau nak bubuh semua gambar rasanya berhari -hari baca. Terlalu banyak ...jenuh nak upload. Gambar sepenuhnya untuk merasai suasana kegembiraan kami dapat dilihat di facebook Ustazah. So jadilah "friend" Ustazah mana tahu , Allah buka hati untuk turut sertai kami... Insya Allah , Amin.