Followers

Thursday, May 6, 2010

Maulud Ad-Daibai'


Pada minggu lepas kami mengikuti Majlis Maulud Ad-Daibai' di Masjid Kobena. Ianya merupakan merupakan pengalaman pertama saya sejak saya belajar disini. Sungguh menyeronokkan membaca Selawat ke atas Nabi s.a.w dengan bacaan surah surah pendek secara bergantian . Pembacaan begini secara tidak langsung memupuk kasih kita pada Rasullah.

Kami dibekalkan buku Maulud ini dan didalamnya ada menceritaka kisah-kisah tentang Rasullulah yang membuat kita terharu. Secara tidak langsung ianya memberikan saya pengalaman baru yang selama ini hanya tahu tentang Selawat Nabi disetiap kali acara Maulud Nabi dilakukan.


Setelah surah surah pendek dibaca , kami berdiri beramai-ramai dan berselawat .



Ramai yang hadir memenhi ruang masjid, satu senario yang biasa disetiap pagi jumaat di Masjid Kobena.




semua kusyuk membaca selawat



sumbangan cenderahati diedarkan pada jemaah