Setiap pagi Khamis bermula dari pukul 8 pagi ke 9.30 pagi ialah kelas mengaji Al Quran saya bersama jemaah lain dimana kami kini sudahpun mengaji di Juz 18.
Selepas kami habis belajar, Kelas Kedua pula bermula dari pukul 9.30 - 10.30pagi dimana jemaah belajar dari Iqra'. Alhamdullilah kelas ini yang telah Ustazah perkenalkan beberapa bulan yang lalu telah khatam Iqra mereka dan memulakan pembacaan Al Quran pula bermula minggu ini. Ustazah juga mengalu-ngalukan sesiapa yang hendak memasuki kelas ini dimana mereka baru sahaja mulakan Juz 1. Rebutlah peluang ini sekiranya kita mempunyai masa terluang untuk memperbaiki mutu pembacaan kita.

pagi yang tenang untuk jemaah memulakan pembacaan , satu suasana yang sangat menyeronokkan. Kita sama-sama hadir untuk "belajar".


