Followers

Friday, April 23, 2010

Solat Taubat & Solat Hajat

Pagi ini kami menjalankan Solat Taubat & Solat Hajat. Seperti biasa ruang masjid dipenuhi oleh anak-anak murid Ustazah. Sebenarnya satu perasaan yang sangat seronok kerana kita datang beramai-ramai dan sama-sama turut mencari keredhaan Illahi dibawah bimbingan Ustazah.

Satu demi satu bacaan dibaca oleh Ustazah dan sekaligus kami tidak perlu risau bacaan kami cukup kiraannya selain betul bacaannya. Kita sebenarnya berpuashati kerana terasa sempurna bacaan dan doa sewaktu melakukan Solat ini.

Saya pula merasa bersyukur kerana peluang untuk Solat Hajat dan Taubat dapat dilakukan dalam saat-saat saya hendak pergi menjalankan ibadat Umrah semakin dekat. Sesekali terdengar suara sebak Ustazah, manakan tidak jemaah yang ramai memenuhi setiap ruang masjid pasti membuat beliau terharu, "usaha dan jihad beliau tidak sia-sia"...Insya Allah.

Semuga Allah memberkati ibadat kami. Amin.