Followers

Friday, April 9, 2010

Terus belajar...

Alhamdullilah, setelah beberapa minggu ,tertunda menghadiri kelas pengajian kerana masalah kerja dan anak-anak, saya kini dapat kembali mengikuti kelas seperti biasa. Sememangnya menghadiri kelas pengajian agak sukar untuk konsisten kerana urusan keluarga . Tidak seperti dizaman remaja , fokus kita hanyalah untuk pergi ke kelas tanpa ada masalah lain selain belajar.

Tetapi apabila sudah berkeluarga , kita terpaksa curi-curi untuk ke kelas atau memaksa diri supaya tidak selalu tertinggal kelas. Inilah pengorbanan yang perlu ada kalau kita hendak belajar. Walaupun sebenarnya sangat sibuk dengan urusan kerja selain dari anak-anak, disebabkan guru mengaji saya ini telah menjadikan aktiviti mengaji sesuatu yang menarik hati para pelajarnya, pastinya , bila ruang masa ada, saya tidak mahu ketinggalan kelas.

Pengajian kini banyak berubah kerana kini kami membaca seorang demi seorang setiap baris ayat . Walaupun banyak kesalahan tentang sebutan dan tajwid terutamanya pada saya yang masih baru, namun ianya tidak meluntur semangat untuk terus belajar. Saya kagum melihat jemaah yang sudah lancar mengaji masih terus memperbaiki pengajian mereka.

Yang penting semangat untuk belajar tidak ada noktah. Bersesuaian dengan semangat Ustazah yang begitu bersungguh-sungguh mengajar anak-anak muridnya tanpa jemu-jemu.

Semuga Allah memberkati usaha kami. Amin.