Followers

Friday, January 22, 2010

Kelas Bermula semula....


Akhirnya , saya kini kembali mengikuti kelas pengajian seperti biasa selepas pulang dari menunaikan ibadah haji bulan lepas. Walaupun hampir 2 bulan saya tidak hadir ke kelas tetapi terasa begitu lama meninggalkan Ustazah dan jemaah yang begitu baik dan sentiasa berkobar kobar memperbaiki diri dari semasa ke semasa.


Berkat usaha gigih Ustazah saya lihat jemaah bertambah dari bulan ke bulan. Siapa tidak kenal Ustazah Syarifah ? Sewaktu saya memulakan kelas, jelas terpancar diwajahnya yang sentiasa ceria dimana beliau menerima sms dan panggilan telefon semenjak saya membuat blog ini . Sepanjang saya berada di Mekah , Ustazah sibuk dengan panggilan demi panggilan dari pelajar untuk belajar mengaji tetapi malangnya beliau tidak mampu memenuhi permintaan dek kerana masa beliau yang sangat padat. Apatah lagi dalam usia 50 an tahun , keupayaannya terbatas untuk kesana sini untuk mengajar secara persendirian di rumah. Dalam banyak permintaan , beliau cuma memenuhi 1 iaitu pelajar dari Mutiara Rini kerana begitu beria-ia hendakkan Ustazah sehingga tidak sampai hati hendak menolak, Cerita Ustazah pada saya sebaik melihat saya datang ke kelas setelah bercuti begitu lama kerana ibadat Haji.

Malah , kelas baru juga telah dibuka di Masjid Kobena untuk pelajar yang benar-benar tidak mengenal huruf atau mahu mulakan dari peringkat awal iaitu Qiraati. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas ini boleh datang atau telefon Ustazah tetapi Ustazah akan buat penilaian untuk berada didalam kelas yang mana satu samada yang lemah atau sederhana . Maklumat kelas seperti berikut :

KHAMIS (Masjid Kobena)


9.30 pagi - 10.30 pagi - Kelas 1 (sederhana)
10.30 pagi - 11.30 pagi - Kelas 2 (lemah)

Yang pasti kelas ini mendapat sambutan dari pelajar pelajar veteran dan Ustazah bercerita kelas ini sangat mencabar dimana fokus tentang sebutan huruf amat dititik beratkan dan mengajar pelajar veteran bukanlah mudah dan pastinya ianya penuh dengan ketawa ria dari pelajar kerana kelakar mendengar sebutan yang selalu silap. Malah kami pun selalu lupa setiap kali belajar Tajwid, hari ini ingat esok lupa!