Followers

Wednesday, September 30, 2009

Majlis Khatam Al Quran



Tunku Fatimah turut gembira kerana hari itu adalah hari kemenangan kami kerana dapat khatam Quran setelah 15 hari bersusah payah untuk hadir ke Tadarus AlQuran.



Jamilah kenalan baru saya sewaktu di Majlis ini.



Ini adalah jemaah kami yang paling muda , usia mereka 30 an tetapi dapat turut serta untuk bertadarus bersama-sama. Ada yang pertama kali mengikuti Majlis seperti ini termasuklah saya.



Datin Safiah Aris menyampaikan kata-kata aluan di Majlis tersebut.



Bersama Tunku Tekwa, tetamu khas kami tahun ini dan Datin Safiah Aris.


Ini adalah sebahagian dari kumpulan Tadarus kami bergambar dengan Ustazah Syarifah Radziah Syed Abdullah . Antaranya Tunku Fatimah, Datin Paduka , Datin Safiah dan Tunku Tekwa.



Majlis Khatam Al Quran dapat kami raikan di hari ke 16 Ramadhan dimana pada 1 Ramadhan hingga 15 Ramadhan, kami membaca 2 juz secara beramai-ramai setiap hari. Gambar diatas ialah sumbangan yang diberikan oleh Tunku Fatimah, anak saudara Sultan Johor kepada ajk Majlis Khatam Al Quran.




Tunku Tekwa menyampaikan sumbangan kepada Ustazah Syarifah Radziah Syed Abdullah, guru mengaji kami.




Ajk Majlis mengedarkan cenderahati kepada semua jemaah.


Majlis Khatam Al Quran bermula.




Terdapat 110 orang yang mendaftar untuk Tadarus Al Quran untuk tahun ini, dimana ini adalah peningkatan dari tahun sebelumnya. Bermula dari 10 orang , ianya bertambah dari setahun ke setahun.